Senyuman kepuasan Fatin dan Aline
Assalamualaikum...Bila si kakak menelefon berkali-kali dari Kelang untuk menginap di WKH, kami terpaksa menolak permintaannya kerana sudah ada tetamu pada tarikh yang dinyatakan. Keinginan si kakak dan adik untuk ke KT tak dapat dihalang lagi bila acap kali dia menelefon bertanyakan kekosongan bilik di WKH. Mungkin sebab dia konsisten dan rezeki menyebelahinya, tarikh yang dihajati ada kekosongan bila tetamu yang sepatutnya datang menarik diri kerana masalah peribadi. Dia begitu gembira bila dimaklumkan.
Masalah lain pula timbul bila tiket untuk balik ke Kelang belum ditempah. Kami usahakan juga mendapatkan tiket untuk mereka berdua.
Setelah selesai membeli tiket dan memaklumkan kepada mereka, kami pula tertanya-tanya siapa gerangan adik-beradik yang beriya-ia benar hendak ke KT ni.
Pagi 1 Jun, jam 5 pagi kami menerima panggilan dari mereka yang telah sampai di stesen bas KT. KakWan dan Pak Beib bergegas menjemput mereka. Dalam perjalanan balik ke WKH banyak perkara yang tak terduga diketahui. Kedua-dua gadis yang berusia 23 dan 28 tahun ini rupanya anak kepada mantan akademia seni yang tersohor di UiTM, Prof. Dr. Muhamad Tamyez Bajuri yang kini bertugas di Universiti Oman.
Dalam masa yang singkat Encik Beib dan Makcik Wan telah bertukar menjadi Uncle Beib dan Auntie Kay. Begitulah layanan yang diperolehi di WKH.
Selama 2 hari mereka disini pelbagai tempat dilawat dan banyak aktiviti telah mereka alami. Merasai nikmat keropok Losong, membeli belah tudung berharga Maut, melawat Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), menaiki bot Seberang Takir ke Kedai Pasar Payang, melawat Masjid Kristal di Pulau Wan Man dan paling kick ialah merasai Air Gelas Besar Pior.
Selain dari itu, ilmu dan hobi fotografi juga dipraktikan. Lihat hasilnya di sini.
Moga Puteri Fadzline (Aline - bakal PhD) dan Fatin (bakal Dr. medic) akan terus berjaya dalam hidup dan memori di WKH tetap bersemadi.

Bersama Auntie Kay - banyak cerita tu
Memilih tudung Manjalara
Kalau boleh nak borong semua
Fatin bersama tortoise penghuni LamanNyaman WKH
They will remember this
Hasil seni fotografi Aline
Pengalaman berharga di gerai keropok
Memang 'hantu' keropok

WKH: Moga layanan kami di WKH memberi kepuasan dan silaturrahim berpanjangan.Kalau nak keropok losong dan air gelas besar piyor, take the next available bus to KT...we'll be waiting.
6 comments:
bersyukur rasanya dapat jumpe orang sebaik uncle beib and aunty kay..Hanya Allah sahaja dapat balas budi uncle beib sekeluarga..happy shooting and feel free to comment and critic on my flickr ya!
Terima KASIH. Berbuat baik pada manusia tak akan rugi.Kami gembira kerana dipertemukan dengan anak-anak yang baik seperti Aline dan Fatin.
Keep in touch..
Take care...
Hi,
I'm Aline's kwn baikkk.. so happy to see her enjoy her time at KT.(ngan Fatin lagi!)Gembira sgt!hihi!Hrp hrp, lain kali,Song&Fadz (aline) boleh pergi bersama-sama. Syoknye!!!!
Wankay-Auntie/Uncle, I like the way u say:
Berbuat baik pada manusia tak akan rugi.
I agree wholeheartedly!!!
Salam,
Pilih2 tudung, mcm kat kedai harga maut kat BT6 je. :)
Air buah pior kat area sbrf takir tu mmg best, kat Tok Beng klu x salah nama tmpt tu. Suka minum air binjai. Ritu pegi, x de. :(
Aslkum,
Ada tak emel contact Prof Tamyez di Oman?
Post a Comment