Adik, Zarina dan Syasya bermain congkak
Assalamualaikum...
Jauh juga perjalanan famili dari Semenyih ini melalui Lebuhraya Gua Musang ke Kota Bharu dan kemudian ke WKH, KT.
Walaupun Fadzlan Abd Jabar bertugas, beliau turut membawa famili untuk bercuti. Tugasnya di sektor ICT membawa beliau menjelajah negeri-negeri di pantai timur semenanjung. Peluang inilah yang menemukan kami diWKH.
Isteri beliau, Zarina Din, telah menempah bilik di WKH (2- 4 Jun) hampir 2 minggu lalu. Sebagai panduan, kami e melkan peta ke WKH dari Kota Bharu dan mereka tiba dengan selamatnya pada petang 2 Jun bersama dua anak yang comel, Adik dan Syasya.
Walau apa pun, WKH berharap famili ini akan selamat sampai balik ke Semenyih. Moga kenangan di WKH kekal abadi.
Oh ya! sepasang baju Adik tertinggal kat WKH. Adik boleh datang ambil lain kali walaupun mungkin dah tak muat baju tu....
Jauh juga perjalanan famili dari Semenyih ini melalui Lebuhraya Gua Musang ke Kota Bharu dan kemudian ke WKH, KT.
Walaupun Fadzlan Abd Jabar bertugas, beliau turut membawa famili untuk bercuti. Tugasnya di sektor ICT membawa beliau menjelajah negeri-negeri di pantai timur semenanjung. Peluang inilah yang menemukan kami diWKH.
Isteri beliau, Zarina Din, telah menempah bilik di WKH (2- 4 Jun) hampir 2 minggu lalu. Sebagai panduan, kami e melkan peta ke WKH dari Kota Bharu dan mereka tiba dengan selamatnya pada petang 2 Jun bersama dua anak yang comel, Adik dan Syasya.
Sebagaimana anak-anak kecil lain yang pernah menginap di WKH, kolam koi dan guppy lah tumpuan mereka. Tengok Adik, berlampin saja. Seronok dengan mulut murai dan keletahnya.
Syasya yang muntah dan sakit perut pada pagi 3 Jun telah dibawa oleh KakWan ke Klinik berdekatan untuk rawatan. Alhamdulillah, dia kembali pulih sebelum berlepas ke Kuantan pada pagi 4 Jun. Adik pula tak mau balik kerana seronok bermain di tepi kolam.Walau apa pun, WKH berharap famili ini akan selamat sampai balik ke Semenyih. Moga kenangan di WKH kekal abadi.
Oh ya! sepasang baju Adik tertinggal kat WKH. Adik boleh datang ambil lain kali walaupun mungkin dah tak muat baju tu....
Puas melayan Adik seorang
WKH: Tetamu yang datang semuanya mesra,
bila pulang sedih terasa,
entah bila bersua pula,
hanya memori melekat di minda.
bila pulang sedih terasa,
entah bila bersua pula,
hanya memori melekat di minda.
No comments:
Post a Comment