Saturday, June 28, 2008

Dari Kedah, KL dan Melaka

FAMILI:1
KakWan sedang melayan Syahida sefamili
Assalamualaikum...
Bila Cik Syahida menelefon untuk menempah bilik di WKH saya difahamkan beliau akan datang dengan keluarga. Katanya 5 orang. Kami sanggup menerima kedatangan mereka dengan tangan yang terbuka. Tambahan pula orang Taman Rakyat, Alor Setar, Kedah, dekat kampung asal saya pulak tu!
Sesampainya mereka di WKH pada petang 28 Jun, kami sefamili tergamam bila mendapati yang memenuhi kereta Wira merah ialah 5 orang wanita. Anak beranak.
Perjalanan selama lebih kurang 7 jam membawa mereka ke Terengganu buat pertama kalinya. Salah seorang dari mereka akan mendaftar di sebuah IPT berhampiran WKH.
Ibu Syahida yang gigih ini akan meneruskan perjalanan mereka ke KL untuk mendaftarkan seorang lagi ahli keluarga mereka di salah satu IPT di sana keesokan harinya.
Walaupun hanya menginap semalaman, diharap mereka mendapat layanan yang memuaskan dari di WKH.
Semoga akan berkunjung lagi di WKH.

KakWan beramah mesra dengan ibu Syahida

Menikmati keropok lekor di LamanNyaman
FAMILI:2
Sambil menikmati minuman Selamat Datang bersama keluarga Syahida, WKH telah menerima satu panggilan telefon dari seorang Hamba Allah.
Suaranya agak cemas meminta bantuan untuk mendapatkan tempat penginapan. Mereka bertiga juga baru sampai dari Alor Setar, Kedah untuk mendaftarkan anak mereka ke IPT berdekatan esok.
Sebenarnya bilik penginapan di WKH telah penuh.
WKH telah memaklumkannya kepada En. Asri Hassan dan isterinya Pn. Salmiah Ibrahim.
Oleh kerana mereka merayu tiada tempat menginap, kami dengan rela hati menjemput mereka ke rumah kami dan menawarkan bilik tamu untuk mereka.
Sesampainya mereka pada jam 1o malam, kami pertemukan mereka dengan keluarga Syahida. Bermulalah sesi perkenalan yang akhirnya mengingatkan KakWan pertemuan dengan Salmiah di kampus dulu. Rupanya KakWan dan Salmiah pernah sekuliah pada tahun 80'an semasa di UKM.
Begitulah...kuasa ALLAH menemukan kenalan yang telah lama berpisah.
Siapa sangka kebetulan kadang-kadang membawa rahmat.
Moga WKH menemukan sesuatu yang menarik.

Asri dan Salmiah mendengar celoteh Pak Beib
Banyak yang dikongsi dengan orang Kedah
WKH:
Lain kali mai sini lagi nooo....?
-----------------------------------------------------------------------------------------
FAMILI: 3

Pasangan ini yang datangnya dari KL mendapat maklumat tentang WKH melalui rakan saya di KPM.
Kedatangan mereka adalah semata-mata untuk meziarahi anak mereka yang sedang menuntut dia IPT berdekatan WKH. Selama 3 hari 2 malam ( 25-27 Julai) mereka menjadi tetamu WKH.
Sebenarnya, saya belajar banyak perkara tentang pesawat terbang dan bidang penerbangan dari tetamu saya, En. Abdul Ghani Adnan. Tugas dan pengalamannya di bidang ini membolehkan beliau memperincikan pelbagai perkara mengenai pesawat. Saya amat teruja.
Sekurang-kurangnya kehadiran tetamu suami isteri ini memberikan ilmu kepada kami.
Terima kasih En. Abdul Ghani dan Pn. Rokiah. Moga kembali ke WKH di lain kali.
KakWan asyik berborak dengan Pn Rokiah
Menikmati keropok lekor sambil bersantai
Menurunkan tandatangan di dalam Buku Tetamu WKH
WKH:
Dapat rasakan keasyikan tamu semasa bersantai di LamanNyaman WKH.
-----------------------------------------------------------------------
FAMILI: 4

En. Adzis Mokhtar yang datang bersama keluarga dari Melaka sebenarnya menjalankan tugas sambil melancong. Walaupun singkat kami dapat merasakan keramahan beliau seisi keluarga.
Menginap dari 29-30 Jun, beliau mencatatkan dalam Buku Tetamu WKH "Tidur kami lena dan selesa. Semoga WKH akan terus maju dengan membuka banyak lagi homestay".

Menerima cenderamata dari PakBeib
WKH:
Bangga dapat menemui pelbagai keluarga.
Moga WKH sentiasa dikunjungi.

No comments: