Saturday, May 24, 2008

Menanti tamu dari Austria

Gab di petik dari facebook nya
Assalamualaikum / Good Day.....
----------------------
Gabriele König (Austria) wrote at 7:38pm 13.05.2008

Hi Habib! How great to find you on facebook! My friend Peter and me are looking forward to meet you soon in Kuala Terengganu. How's the weather in K.T. at the moment? In Austria it's fine at the moment and we are enjoying the spring - everything is blossoming and the landscapes really look very pretty.
Best regards

Yours
Gabriele from Melk, Austria.
--------------------------------
Inilah mesej yang kami terima beberapa hari lalu dari bakal tetamu WKH yang dijangka tiba pada awal Ogos nanti. Sebenarnya beliau telah pun menghantar e mel pada Januari lalu menempah WKH untuk dua hari sebelum meneruskan percutian ke Pulau Redang.
Itulah 'kuasa' internet, dapat menghubungkan manusia di serata pelusuk dunia. WKH sendiri tidak menyangka bahawa promosi melalui internet boleh mencapai ke tahap begini.
Dalam minggu ini sahaja WKH menerima beratus-ratus panggilan telefon, sms dan e mel dari bakal tamu dari seluruh tanahair yang ingin menempah bilik di WKH.
Ramai yang ingin ke Terengganu kerana beberapa sebab. Antaranya:
1. Menghadiri majlis kenduri kahwin.
2. Melawat atau bercuti sempena Tahun Melawat Terengganu 2008.
3. Menyaksikan temasya SUKMA.
4. Makan angin kerana cuti sekolah.
Walau apa pun, Terengganu kini telah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia dan luar negara untuk dikunjungi.
Moga Gabi dan Peter akan gembira berada di sini. Sebagai host, WKH dan famili akan pastikan ramai lagi seperti mereka mengunjungi Malaysia dan Terengganu khususnya.
WKH: akan melayan semua tetamu dengan penuh mesra walau dari mana mereka datang.

No comments: