Tuesday, May 27, 2008

Dari Ampang ke Redang


Naqib, W. Haslina, Narissa, KakWan dan Nabil
Perjalanan 7 jam dari Bukit Antarabangsa, Selangor bukanlah sesuatu yang meletihkan bagi ketiga beradik yang cerdas dan cergas ini. Nabil, Naqib dan Narissa cepat settle down. Sebaik saja berkenal mesra mereka diraikan dengan welcome drink di Laman Nyaman.
Sedang mama dan papa menikmati
hidangan keropok dan teh, ketiga beradik asyik memberi makan ikan guppy dan koi. Berpeluh-peluh mereka, tapi keriangan terbayang di wajah masing-masing.
WKH adalah transit bagi famili ini yang akan meneruskan percutian mereka ke Pulau Redang selama 5 hari mulai 28Mei - 1 Jun.

WKH berharap agar mereka gembira bersama kami walaupun semalam sambil menghabiskan cuti di Terengganu dengan penuh memori indah.
Papa menikmati keropok lekor, anak-anak asyik melayan koi

Narissa, Naqib dan Nabil mengintai guppy dan koi

Haslina dan KakWan meneliti kain batik Terengganu

Pak Beib bersama three cute kids from Ampang

WKH: Berdoa agar perniagaan Farizul dan W Haslina bertambah maju. Terima kasih kerana memilih WKH sebagai tempat penginapan sefamili.

No comments: