Monday, May 26, 2008

Tamu dari Putrajaya

Prof sefamili menjamu selera di LamanNyaman WKH
Assalamualaikum..
Teruja bila WKH menerima tetamu seramai 6 orang pada petang Sabtu lalu. Perjalanan dari Putrajaya ke WKH mengambil masa lebih kurang 8 jam. Namun, Tina dan Nur Firdaus kelihatan segar dan ceria.
Selesai berkenalan dan bertanya khabar kedua adik beradik yang comel ini terus meluru ke LamanNyaman untuk menikmati keropok lekor dan teh serta memberi makanan kepada ikan-ikan koi dan guppy di dalam kolam. Seronok melihat keletah mereka berdua.
Daddy, Prof. Dr. Roslan Abd Shukor (UKM) dan mummy mereka, Nur Fadhilah, abang dan kakak turut
menikmati welcome drink. Semua gembira kerana selamat sampai ke Terengganu dan WKH.
Inilah tetamu pertama kami pada musim cuti sekolah ini. Mereka menginap di WKH dari 24 - 26 Mei.
Banyak juga tempat yang dilawati oleh famili ini. Sekitar Bandaraya Warisan Persisir Air KT dan Pasar Kedai Payang untuk membeli kain batik dan cenderamata.
Mereka juga ke Pantai Tok Jembal/Teluk Ketapang yang terletak hanya 2 km dari WKH, untuk menikmati ICT (Ikan Celup Tepung). Menaiki bot mudek Sungai KT serta mengelilingi Pulau Wan Man (Taman Tamadun Islam - TTI).
Melawat Ampangan Hidro Elektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir dan menikmati keindahan Air Terjun Sekayu.
Moga kenangan indah bersama kami di WKH akan terus terpahat di hati. Lihatlah senyuman kepuasan di wajah semua.
Nur Firdaus dan Tina bersama KakWan

Menikmati 'welcome drink' dan keropok lekor

Sarapan pagi nasi dagang

Pak Beib bersama Prof. dan anak-anakOle-ole dari WKH

WKH: Mengucapkan TERIMA KASIH kepada Prof. sefamili. Moga berpuas hati dan gembira bertamu di WKH. Harap perkenalan serta persahabatan kekal selamanya.

No comments: