Naqib, W. Haslina, Narissa, KakWan dan Nabil
Perjalanan 7 jam dari Bukit Antarabangsa, Selangor bukanlah sesuatu yang meletihkan bagi ketiga beradik yang cerdas dan cergas ini. Nabil, Naqib dan Narissa cepat settle down. Sebaik saja berkenal mesra mereka diraikan dengan welcome drink di Laman Nyaman.Sedang mama dan papa menikmati hidangan keropok dan teh, ketiga beradik asyik memberi makan ikan guppy dan koi. Berpeluh-peluh mereka, tapi keriangan terbayang di wajah masing-masing.
WKH adalah transit bagi famili ini yang akan meneruskan percutian mereka ke Pulau Redang selama 5 hari mulai 28Mei - 1 Jun.
WKH berharap agar mereka gembira bersama kami walaupun semalam sambil menghabiskan cuti di Terengganu dengan penuh memori indah.
Narissa, Naqib dan Nabil mengintai guppy dan koi
Haslina dan KakWan meneliti kain batik Terengganu
Pak Beib bersama three cute kids from Ampang
WKH: Berdoa agar perniagaan Farizul dan W Haslina bertambah maju. Terima kasih kerana memilih WKH sebagai tempat penginapan sefamili.