Wednesday, August 20, 2008

Ustaz Zamri IKIM fm pun menginap di sini...



Assalamualaikum...

minum pagi di LamanNyaman bersama Ust. Zamri sefamili

Bila sahaja KakWan menerima panggilan telefon dari Ustaz Zamri, dia sangat teruja. Apa tidaknya, penyampai radio IKIM fm nak datang menginap di WKH. Tambahan pula penyampai ini merupakan yang digemarinya. Hampir setiap pagi saluran inilah yang didengarnya dalam perjalanan ke tempat kerja.
Ustaz Zamri dan famili akan berada di WKH selama 4 hari (18-21 Ogos). Tugas beliau sebenarnya ialah sebagai penyampai sempena Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 50 yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.(baca sini)

Keramahan Ustz Zamri terserlah

Kami berharap agar Ustaz Zamri Zainal Abidin, isteri beliau Norasmahan Ab. Kadir serta anak-anak, Nafisah, Halimah, Zafir, Sumayyah, Fadilah serta bibik gembira dan selesa menginap di sini.

WKH: Gembira dapat bersua dengan selebriti seperti Ustaz Zamri.Moga bertandang lagi ke WKH.

2 comments:

Nafisatul Ilmi Z. said...

Terjumpa gambar ini. 10 tahun sudah berlalu.

WANKAY HOMESTAY said...

Sekejap shj masa berlalu...dah besar anakanda Ustaz Zamri... moga semua dlm rahmat Allah