Saturday, June 28, 2008

Dari Kedah, KL dan Melaka

FAMILI:1
KakWan sedang melayan Syahida sefamili
Assalamualaikum...
Bila Cik Syahida menelefon untuk menempah bilik di WKH saya difahamkan beliau akan datang dengan keluarga. Katanya 5 orang. Kami sanggup menerima kedatangan mereka dengan tangan yang terbuka. Tambahan pula orang Taman Rakyat, Alor Setar, Kedah, dekat kampung asal saya pulak tu!
Sesampainya mereka di WKH pada petang 28 Jun, kami sefamili tergamam bila mendapati yang memenuhi kereta Wira merah ialah 5 orang wanita. Anak beranak.
Perjalanan selama lebih kurang 7 jam membawa mereka ke Terengganu buat pertama kalinya. Salah seorang dari mereka akan mendaftar di sebuah IPT berhampiran WKH.
Ibu Syahida yang gigih ini akan meneruskan perjalanan mereka ke KL untuk mendaftarkan seorang lagi ahli keluarga mereka di salah satu IPT di sana keesokan harinya.
Walaupun hanya menginap semalaman, diharap mereka mendapat layanan yang memuaskan dari di WKH.
Semoga akan berkunjung lagi di WKH.

KakWan beramah mesra dengan ibu Syahida

Menikmati keropok lekor di LamanNyaman
FAMILI:2
Sambil menikmati minuman Selamat Datang bersama keluarga Syahida, WKH telah menerima satu panggilan telefon dari seorang Hamba Allah.
Suaranya agak cemas meminta bantuan untuk mendapatkan tempat penginapan. Mereka bertiga juga baru sampai dari Alor Setar, Kedah untuk mendaftarkan anak mereka ke IPT berdekatan esok.
Sebenarnya bilik penginapan di WKH telah penuh.
WKH telah memaklumkannya kepada En. Asri Hassan dan isterinya Pn. Salmiah Ibrahim.
Oleh kerana mereka merayu tiada tempat menginap, kami dengan rela hati menjemput mereka ke rumah kami dan menawarkan bilik tamu untuk mereka.
Sesampainya mereka pada jam 1o malam, kami pertemukan mereka dengan keluarga Syahida. Bermulalah sesi perkenalan yang akhirnya mengingatkan KakWan pertemuan dengan Salmiah di kampus dulu. Rupanya KakWan dan Salmiah pernah sekuliah pada tahun 80'an semasa di UKM.
Begitulah...kuasa ALLAH menemukan kenalan yang telah lama berpisah.
Siapa sangka kebetulan kadang-kadang membawa rahmat.
Moga WKH menemukan sesuatu yang menarik.

Asri dan Salmiah mendengar celoteh Pak Beib
Banyak yang dikongsi dengan orang Kedah
WKH:
Lain kali mai sini lagi nooo....?
-----------------------------------------------------------------------------------------
FAMILI: 3

Pasangan ini yang datangnya dari KL mendapat maklumat tentang WKH melalui rakan saya di KPM.
Kedatangan mereka adalah semata-mata untuk meziarahi anak mereka yang sedang menuntut dia IPT berdekatan WKH. Selama 3 hari 2 malam ( 25-27 Julai) mereka menjadi tetamu WKH.
Sebenarnya, saya belajar banyak perkara tentang pesawat terbang dan bidang penerbangan dari tetamu saya, En. Abdul Ghani Adnan. Tugas dan pengalamannya di bidang ini membolehkan beliau memperincikan pelbagai perkara mengenai pesawat. Saya amat teruja.
Sekurang-kurangnya kehadiran tetamu suami isteri ini memberikan ilmu kepada kami.
Terima kasih En. Abdul Ghani dan Pn. Rokiah. Moga kembali ke WKH di lain kali.
KakWan asyik berborak dengan Pn Rokiah
Menikmati keropok lekor sambil bersantai
Menurunkan tandatangan di dalam Buku Tetamu WKH
WKH:
Dapat rasakan keasyikan tamu semasa bersantai di LamanNyaman WKH.
-----------------------------------------------------------------------
FAMILI: 4

En. Adzis Mokhtar yang datang bersama keluarga dari Melaka sebenarnya menjalankan tugas sambil melancong. Walaupun singkat kami dapat merasakan keramahan beliau seisi keluarga.
Menginap dari 29-30 Jun, beliau mencatatkan dalam Buku Tetamu WKH "Tidur kami lena dan selesa. Semoga WKH akan terus maju dengan membuka banyak lagi homestay".

Menerima cenderamata dari PakBeib
WKH:
Bangga dapat menemui pelbagai keluarga.
Moga WKH sentiasa dikunjungi.

Friday, June 27, 2008

...dari Damansara penuh mesra

Dato' Mat Abas Yusoff bersama Datin Nursiah berehat setelah menikmati welcome drink

Assalamualaikum..

Kami sebenarnya tak biasa menerima tetamu VIP seperti pasangan ini. Malah menerima tempahan dari mereka membuatkan kami lebih berhati-hati. WKH perlu menjaga reputasi sebagai sebuah homestay yang mesra pengguna. Itulah matlamat WKH.

Kehadiran Dato' suami isteri adalah untuk menyaksikan Pesta Sukan FELDA Kebangsaan yang diadakan di Kuala Terengganu dari 20-22 Jun 2008.

Oleh kerana semua bilik hotel sudah penuh dan ingin merasakan pengalaman menginap di homestay, mereka menempah di WKH.

Syukur kerana kehadiran mereka turut memberikan kami keyakinan dan inspirasi agar lebih prihatin terhadap kehendak tetamu. Walaupun sibuk dengan majlis dan acara sukan yang diadakan, mereka masih berpeluang berinteraksi serta bertukar-tukar pandangan dengan kami.

Kami amat berharap agar Dato' dan Datin terus bahagia serta sihat walafiat. Kami amat terpikat dengan sifat humble Dato' suami isteri. Jika ada masa dan peluang, bertandanglah lagi ke WKH.

Menandatangani buku tetamu
Pak Beib bersama tetamu VIP WKH
Datin Nursiah dan KakWan

WKH: amat berharap agar layanan kami sebagaimana yang dicatatkan dalam Buku Tetamu ...Mesra, Selesa dan Nyaman.

Thursday, June 5, 2008

Baguih punya dok ada!

(Klik ke Laman Utama / Click to Front Page)

Pasangan bahagia Ku Zainal dengan Nur Hayati menerima ole-ole dari KakWan
Assalamualaikum...
Masa kami dok tunggu depa mai, kami dok ingatkan mai satu kluaga, bawak anak-anak kecik, ghupa-ghupanya sekelamin saja. Tak dak anak lagi. Muda trang tang tang sangat.
Baguih punya dok ada! Kigha macam mai hanimun la.
Depa ni sebenagnya daghi Penang, lalu kot lebuhghaya Timoq Baghat kemdian singgah di KB dua haghi, pi shopping meghata dah. Paehtu nak mai KT sebab nak tengok Masjid Kristal yang ghioh sangat tu. Maklum la, sapa tak kenai masjid spesyel tu. Dah jadi taget oghang luaq bila mai Tengganu mesti nak pi celapak situ...
Masa mola depa sampai petang 4 haghibulan, depa lalu kot Bachok, pi kot Tok Bali, Kuala Besut, Penaghik, Meghang teghuih sampai WKH. Depa tlefon pun dah 1 kilometer dekat dengan WKH. Sekali ptua saja, depa sampai, tak sesat aih! Senang saja nak mai WKH ni. Setakat ni tak dak sapa pun lagi yang mai WKH sesat, telajak adala...heheheh...
Depa dua oghang ni, Ku Zainal dan Nur Hayati baghu 8 bulan menikah. Memang hajat nak becuti di KT 2 haghi. Depa kata, bila browse kot internet depa jumpa blog WKH, ambik no teghiuh tlefon booking 2 haghi (4-6 Jun).
Kemaghin, 5 Jun, depa kluaq daghi pagi sampai malam baghu balik. Depa raun habih KT. Puaeh hati depa. Kami di WKH haghap depa tak seghek mai KT lagi.
Pagi ni depa nak balik Penang dah. Kami jamu depa makan nasik dagang, laksam dan donat cucuk. Lepaeh ni tak payah singgah mana-mana dah nak menyeghok (sarapan). Balek stret sampai Penang...hehehe..

Dok pulon nasik dagang

KakWan dok cghita masa dia dok Penang dulu
Dok tulih komen dalam buku pelawat

Moga depa selamat sampai balik ghumah dan maoh la noo kalau ada salah silap. Kalau panjang umoq mai la lagi sini. Lain kali bawak anak sekali nooh! Hehehehe...

Khenyeh tanda puaeh hati
WKH: Lagi ghamai mai, lagi ghamai kenai.
Kami nak tunggu satu lagi pasangan dari Greenlane, Penang nak mai esok.
Dr. Kushpall Singh & wife, welcome to WKH.

Wednesday, June 4, 2008

Adik tak nak balik Semenyih


Adik, Zarina dan Syasya bermain congkak
Assalamualaikum...
Jauh juga perjalanan famili dari Semenyih ini melalui Lebuhraya Gua Musang ke Kota Bharu dan kemudian ke WKH, KT.
Walaupun Fadzlan Abd Jabar bertugas, beliau turut membawa famili untuk bercuti. Tugasnya di sektor ICT membawa beliau menjelajah negeri-negeri di pantai timur semenanjung. Peluang inilah yang menemukan kami diWKH.
Isteri beliau, Zarina Din, telah menempah bilik di WKH (2- 4 Jun) hampir 2 minggu lalu. Sebagai panduan, kami e melkan peta ke WKH dari Kota Bharu dan mereka tiba dengan selamatnya pada petang 2 Jun bersama dua anak yang comel, Adik dan Syasya.
Sebagaimana anak-anak kecil lain yang pernah menginap di WKH, kolam koi dan guppy lah tumpuan mereka. Tengok Adik, berlampin saja. Seronok dengan mulut murai dan keletahnya.

Fadzlan, Zarina dan Adik menikmati welcome drink
Syasya yang muntah dan sakit perut pada pagi 3 Jun telah dibawa oleh KakWan ke Klinik berdekatan untuk rawatan. Alhamdulillah, dia kembali pulih sebelum berlepas ke Kuantan pada pagi 4 Jun. Adik pula tak mau balik kerana seronok bermain di tepi kolam.
Walau apa pun, WKH berharap famili ini akan selamat sampai balik ke Semenyih. Moga kenangan di WKH kekal abadi.
Oh ya! sepasang baju Adik tertinggal kat WKH. Adik boleh datang ambil lain kali walaupun mungkin dah tak muat baju tu....

Puas melayan Adik seorang
WKH: Tetamu yang datang semuanya mesra,
bila pulang sedih terasa,
entah bila bersua pula,
hanya memori melekat di minda.

Keropok dan Air Gelas Besar Pior

Senyuman kepuasan Fatin dan Aline
Assalamualaikum...
Bila si kakak menelefon berkali-kali dari Kelang untuk menginap di WKH, kami terpaksa menolak permintaannya kerana sudah ada tetamu pada tarikh yang dinyatakan. Keinginan si kakak dan adik untuk ke KT tak dapat dihalang lagi bila acap kali dia menelefon bertanyakan kekosongan bilik di WKH. Mungkin sebab dia konsisten dan rezeki menyebelahinya, tarikh yang dihajati ada kekosongan bila tetamu yang sepatutnya datang menarik diri kerana masalah peribadi. Dia begitu gembira bila dimaklumkan.
Masalah lain pula timbul bila tiket untuk balik ke Kelang belum ditempah. Kami usahakan juga mendapatkan tiket untuk mereka berdua.
Setelah selesai membeli tiket dan memaklumkan kepada mereka, kami pula tertanya-tanya siapa gerangan adik-beradik yang beriya-ia benar hendak ke KT ni.
Pagi 1 Jun, jam 5 pagi kami menerima panggilan dari mereka yang telah sampai di stesen bas KT. KakWan dan Pak Beib bergegas menjemput mereka. Dalam perjalanan balik ke WKH banyak perkara yang tak terduga diketahui. Kedua-dua gadis yang berusia 23 dan 28 tahun ini rupanya anak kepada mantan akademia seni yang tersohor di UiTM, Prof. Dr. Muhamad Tamyez Bajuri yang kini bertugas di Universiti Oman.
Dalam masa yang singkat Encik Beib dan Makcik Wan telah bertukar menjadi Uncle Beib dan Auntie Kay. Begitulah layanan yang diperolehi di WKH.
Selama 2 hari mereka disini pelbagai tempat dilawat dan banyak aktiviti telah mereka alami. Merasai nikmat keropok Losong, membeli belah tudung berharga Maut, melawat Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), menaiki bot Seberang Takir ke Kedai Pasar Payang, melawat Masjid Kristal di Pulau Wan Man dan paling kick ialah merasai Air Gelas Besar Pior.
Selain dari itu, ilmu dan hobi fotografi juga dipraktikan. Lihat hasilnya di sini.
Moga Puteri Fadzline (Aline - bakal PhD) dan Fatin (bakal Dr. medic) akan terus berjaya dalam hidup dan memori di WKH tetap bersemadi.

Bersama Auntie Kay - banyak cerita tu
Memilih tudung Manjalara
Kalau boleh nak borong semua
Fatin bersama tortoise penghuni LamanNyaman WKH

They will remember this
Hasil seni fotografi Aline

Pengalaman berharga di gerai keropok
Memang 'hantu' keropok
WKH: Moga layanan kami di WKH memberi kepuasan dan silaturrahim berpanjangan.Kalau nak keropok losong dan air gelas besar piyor, take the next available bus to KT...we'll be waiting.

BBB ke WKH

Tetamu dari Bandar Baru Bangi
Assalamualaikum...
Hampir sebulan lalu Kak Norazizan (Kak Nor) menelefon KakWan bertanyakan sama ada terdapat kekosongan di WKH. Pada mulanya dia menempah untuk 2 hari 1 malam, tetapi kemudiannya bila mendapat maklumat dari kenalan di KT, Kak Nor tambah sehari lagi (30 Mei - 1 Jun). Kehadiran Kak Nor yang peramah ini kami nantikan dengan debar.
Ketibaan Kak Nor, suaminya Tn. Hj.Taip serta anak dan cucu mereka di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, KT dijemput oleh KakWan.
Walaupun khidmat ini tiada dalam agenda, namun tetamu WKH sentiasa diutama dan diraikan. Ada ketikanya tetamu WKH memerlukan bantuan, WKH akan cuba atasi.
Sebagai bekas siswa UKM pada tahun 1983, KakWan baru sedar bahawa insan yang bertamu di WKH ini merupakan mantan staf yang pernah dikenali di sebuah fakulti di sana. Tak sangka selepas 24 tahun bertemu semula dan bertamu di WKH.
Banyaklah cerita lama timbul kembali.
Moga Kak Nor serta famili gembira bersama kami di WKH. Terima kasih atas ole-ole dari Bangi.

Pak Beib bersama Tn. Hj. Taip
Kak Nor menerima ole-ole dari KakWan

Empat bercucu yang puas hati di WKH

WKH: Kehadiran Kak Nor mengimbau kenangan semasa zaman student. Terima kasih daun keladi, lain tahun datang lagi.