Tuesday, March 18, 2008

Bertamu lagi

Kak Wan dan Liya
Salam...
Mungkin kerana sudah mesra menjadi tetamu WKH sebelum ini, Liya bertandang sekali lagi pada 12-13 Mac 2008 bersama ibu dan adik-adiknya.
Kali ini kerana meraikan majlis perkahwinan sahabatnya di Kampung Durian Burung.
Kehadiran Liya bersama ahli keluarganya dari Kuantan membawa satu inspirasi pada WKH. Kami akan berusaha lebih gigih lagi dalam memberi layanan yang terbaik.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh, bertandang lagi....
WKH: Sedang menantikan tamu dari luar negara yang dijangka tiba mulai Jun nanti.

RAKAN GONG XI

Kak Wan (dua dari kanan) dengan tetamu WKH
Tuesday, February 12, 2008
Assalamualaikum / Good Day.....(klik ke muka depan)
Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina telah membuka lembaran baru bagi WanKay Homestay (WKH).
Kami telah menerima lima gadis ayu dari Kuantan, Pahang yang bertandang sebagai tetamu dan menginap di WKH dari 7 - 9 Februari. Kedatangan mereka pada petang Khamis 7 Februari, 2008 memberi seribu makna pada WKH terutama untuk menjadi benchmark kepada perkhidmatan dan layanan kami. Percutian mereka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lawatan dan membeli belah.
Paling utama ialah melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man yang baru dirasmikan . Aku sendiri yang tinggal berdekatan dengan TTI belum menjejakkan kaki ke sana lagi. Mungkin di waktu terluang nanti kot?
Mereka telah meminta cadangan dan nasihat mengenai tempat, lokasi dan aktiviti yang patut dilakukan. Kami dengan besar hati memberi pendapat dan cadangan.
Nampak gayanya mereka gembira dan berpuas hati kerana diberikan panduan ke tempat yang ingin dilawati selain dari tip-tip yang membantu semasa membeli-belah terutamanya kain batik.

Menikmati welcome drink dan keropok lekor di LamaNyaman

Mendaftarkan nama dan komen di dalam buku catatan

Bagi kami ini adalah satu permulaan yang baik dan menarik. Tempahan dari pelbagai lokasi telah mula diterima. Setakat ini ada beberapa tempahan dari pengunjung dari Austria, Singapura, Belanda dan Eropah untuk bulan Jun, July dan Ogos.
Moga kehadiran tetamu-tetamu ini akan menceriakan kami sefamili. Tetamu-tetamu ini akan kami manfaatkan sebagai duta pelancongan yang akan mempromosikan Terengganu dan Malaysia sebagai destinasi yang unggul.
Bila lagi anda nak datang ke sini sempena Tahun Melawat Terengganu?

WKH: mempelawa bloggers ke WKH untuk beriadah, melawat, membeli-belah sambil makan keropok lekor. Boleh juga cari batik, tembaga, barangan kraf serta songket disamping melawat tempat-tempat menarik.

Klik ke muka depan